Quote

Rezeki,jodoh,ajal,maut dalam tangan tuhan. Siapalah kita untuk tentukan. Orang cakap dunia ini tidak adil, tapi Allah Maha adil. Tak kira lambat atau cepat pembalasan-Nya. Secara sedar atau tidak sedar. Mungkin dah dibagi dulu cuma kita tidak menghargai. Mungkin kita merungut bila nikmat ditarik atau tidak setimpal. Sekali lagi rezeki,jodoh,ajal,maut dalam tangan tuhan. Yang penting tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya. Kurang atau lebih ganjarannya belakang kira. Kerana dunia ini tidak adil tapi Allah Maha Adil. Rezeki,jodoh,ajal,maut dalam tangan Tuhan.

home,work,life

HOME hampir 6 bulan sejak pindah rumah lepas raya puasa lepas. jumpa housemate lama pun agak kurang dah. mungkin sejak bulan 11 hampir setiap minggu ada kenduri. berat bertambah.tak pasti sebab pindah rumah atau rutin makan ditempat kerja berubah. dok rumah ni pon dah macam kena badi sebab tak fikir bila nak kahwin. bangun nak pergi kerja pun makin lambat. yang bestnya dok rumah ni nak balik perak terus keluar guthrie.haha yang xbestnya sebab rumah ni macam rumah budak-budak batch yang mostly pakai proton apa apa hal pasal proton.semua aku kena.tanya part la.tanya warranty la.semua nak kena settle WORK Kena cari semangat baru untuk buat kerja setelah 2 tahun 6 bulan. fizi antara rakan sekerja yang terawal aku kenal dah bertukar kerja. sejak dari awal kata nak cari kerja lain akhirnya dapat juga tawaran lain. rezeki orang kahwin agaknya. tinggal roes jela proxy yang tinggal. asyik cari gaduh dengan kak ju. tidak sengaja sebenarnya tapi tindakan spontan. kalau orang tanya tak nak cari kerja lain ke? aku pun x ada jawapan untuk itu. berapa lama nak kerja.pon tak ada jawapan. LIFE tak boleh nak jangka apa yang aku lalui dalam setahun kehadapan. apatah lagi tahun yang mendatang. yang aku pasti tahun depan tak akan balik perak dah. family dah nak pindah perlis setelah pencen. yang aku plan mungkin tak jadi ialah nak buat kenduri dekat rumah perak. dalam masa 9bulan ni sempat ke cari pengganti. tak kot. dah malas fikir.just go with the flow.