Banyak benda bermain di fikiran
Bukan banyak pun.
Tapi kesannya yang mendalam.
Benarlah orang kata
hidup ini ibarat roda.
Kusangkakan panas berpanjangan rupanya...
Rambut sama hitam hati lain lain.
Sedangkan lidah lagi tergigit.inikan pula...
Hati manusia sukar dimengerti.
.....
Langsung tak faham.
Tau tau ada semacam aura tak baik.
......
Bila kita meletakkan harapan terlalu tinggi.
Maka kesannya lebih mendalam.
Kesimpulannya kita tidak mampu mengawal keadaan.
Tapi kita mampu mengubahnya.
....
Manusia berubah mengikut keadaan.
Kita tidak mampu membaca hati mereka.
....
Bila difikirkan aku tidak mampu berfikir dan rancang apa akan terjadi dalam masa sebulan kehadapan.
Terasa seperti hidup ini makin singkat.
Mari rapatkan silaturrahim bukan memutuskannya.
Sudah cukup sudah kehilangan beberapa orang kerana sebab sebab yang kadang kadang tak munasab
Walaupun kita sudah penat mengalah dan beralah.
Kerana kesudahannya tidak menggembirakan.